Kawalan Langsung : AC Minimum ( Firma Mencapai Kecekapan Pengeluaran )

  • Tingkat kapasiti optimum adalah tingkat AC minimum. Pada tingkat ini, tiada berlakunya lebihan kapasiti atau pembaziran kapasiti seperti rajah dibawah.
  • Sebelum campur tangan kerajaan, firma menghasilkan output Q1 dengan tingkat harga P1 dan sedang menikmati untung lebih normal.
  • Selepas campur tangan kerajaan, firma mencapai keseimbangan di titik E2, apabila keluk AC mencapai titik minimum atau apabila keluk MC bersilang dengan keluk AC. Tingkat harga keseimbangan pada P2 dan tingkat keluaran Q2.
<>
  • Oleh sebab AR melebihi AC sebanyak CE2, firma monopoli masih menikmati untung lebih normal sebanyak BP2CE2, jadi kerajaan tidak perlu beri subsidi.
  • Jika firma sedang mengalami struktur kos menurun seperti monopoli semula jadi, maka subsidi diperlukan seperti rajah dibawah.
<>
  • P1 dan Q1 merupakan harga dan output keseimbangan asal. Setelah campur tangan kerajaan, firma mencapai keseimbangan di titik E, dengan tingkat output Q2 dan harga keseimbangan P2.
  • Firma monopoli sedang mengalami untung kurang normal sebanyak P2AEB kerana AC melebihi AR. Maka kerajaan perlu memberi subsidi sebanyak P2AEB supaya firma boleh meneruskan operasinya.

Leave a comment