Faktor Wujud Perbezaan Tingkat Upah antara Individu

Perbezaan dalam kecekapan dan kemahiran

  • Setiap individu mempunyai kemahiran yang tak sama.
  • Individu yang cekap, pandai, dan mahir dalam bidang seperti doktor, peguam, pensyarah, dan lain-lain akan menerima pendapatan upah yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai permintaan yang lebih berbanding dengan penawaranya.

Perbezaan dalam kebolehan fizikal dan risiko

  • Mereka yang kuat dan sanggup menjalankan pekerjaan yang berat dan yang berbahaya akan menerima tingkat upah yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang lemah.

Kos latihan dan taraf pendidikan

  • Individu yang mempunyai latihan kemahiran dan pelajaran yang tinggi akan mempunyai daya pengeluaran yang tinggi dan seterusnya akan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.
  • Contohnya, seorang doktor pakar menerima upah lebih tinggi daripada seorang doktor biasa akibat latihan yang lama dan kos latihan yang mahal.
  • Mereka terpaksa melepaskan peluang bekerja yang lebih awal untuk mendapatkan upah yang tinggi pada masa hadapan.

Faedah bukan wang

  • Walaupun ada buruh menerima kadar upah yang rendah tetapi mereka menikmati faedah bukan wang.
  • Contohnya pegawai kerajaan. Walaupun tingkat pendapatan mereka tidak selumayan seperti pegawai dalam sektor swasta, tetapi mereka menikmati faedah bukan wang seperti jaminan kedudukanya, rumah disediakan oleh kerajaan, rawatan perubatan percuma, kadar bunga pinjaman yang rendah untuk pembelian rumah dan kereta.

Perbezaan dari segi tanggungjawab

  • Jawatan yang berbeza mempunyai tanggungjawab yang tak sama, ini menyebabkan bayaran gaji juga berbeza.
  • Pada umumnya, jawatan yang mempunyai lebih tanggungjawab akan dibayar upah lebih tinggi.
  • Contohnya, gaji seseorang pengurus syarikat adalah lebih tinggi daripada seorang penyelia.

Perbezaan pengalaman

  • Pekerja yang menjawat jawatan yang sama, walaupun mereka mempunyai taraf pendidikan yang sama tetapi mungkin menerima gaji yang berbeza kerana pengalaman yang tak sama.
  • Pekerja yang lebih berpengalaman akan diberi gaji lebih tinggi berbanding yang kurang berpengalaman.

Perbezaan dalam mobiliti buruh

  • Individu yang mempunyai mobiliti yang kurang akan menerima upah yang lebih rendah.
  • Individu ini mempunyai kemahiran tertentu dan biasanya sudah lama bekerja dengan majikan yang sama, mungkin disebabkan oleh tidak mempunyai kemahiran yang lain untuk mencuba pekerjaan yang lain. Tambahan pula, mereka terikat dengan tradisi dan kebiasaan hidup mereka.
  • Mereka tidak sanggup untuk berpindah ke bidang-bidang lain yang gajinya lebih lumayan.
  • Ini mungkin juga disebabkan oleh kos pengangkutan, tidak mahu meninggalkan keluarga/kawan, dan sebaginya.

Perasaan prejudis/prasangka

  • Kaum wanita biasanya menerima upah lebih rendah berbanding dengan kaum lelaki kerana pengusaha mempunyai perasaan prejudis terhadap keupayaan atau daya pengeluaran sut kaum wanita yang lebihr rendah berbanding kaum lelaki.
  • Perasaan prejudis akan menyebabkan wujudnya diskriminasi di kalangan pekerja. Diskriminasi ini boleh disebabkan oleh perbezaan agama, kaum, dan kewarganegaraan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s