Cara-cara kesatuan sekerja menuntut tingkat upah

1. menaikkan daya pengeluaran sut buruh
  • Tingkat upah dan daya pengeluaran sut (MRP)  mempunyai hubungan positif.
  • Apabila daya pengeluaran sut buruh bertambah, tingkat upah turut meningkat.
  • Ini ditunjukkan oleh peralihan keluk MRP ke kanan dari MRP1 kepada MRP2 seperti rajah dibawah.
  • Kesanya, upah naik dari W1 kepada W2.
  • Bilangan buruh naik dari L1 kepada L2.

<>

  • Daya pengeluaran sut buruh boleh bertambah melalui program atau latihan yang meningkatkan kecekapan dan kemahiran buruh, memperkenalkan jentera moden, dan sebagainya.
2. Menghadkan penawaran buruh
  • Kesatuan sekerja boleh mengurangkan penawaran buruh di pasaran dengan mengenakan kuota keahlian kesatuan sekerja , memanjangkan masa latihan, menghadkan peluang untuk menjalankan latihan, menyekatkan syarat-syarat keahlian, dan sebagainya.
  • Pengehadan penawaran buruh mengalihkan keluk penawaran ke kiri dari SL1 ke SL2.
  • Kesanya, Upah naik dari W1 kepada W2.
  • Bilangan buruh turun dari L1 kepada L2.

<>

  • Walaupun kesatuan sekerja berjaya menuntut kadar upah yang tinggi tetapi pada masa yang sama wujudnya pengangguran L1L2
3. Memaksa majikan membayar upah yang lebih tinggi daripada upah pasaran
  • Kesatuan sekerja boleh menuntut kadar upah yang lebih tinggi daripada tingkat upah pasaran seperti W1.
  • Tingkat upah W1 lebih tinggi daripada upah pasaran W0.

<>

  • Penawaran buruh = L1
  • Permintaan buruh = L2
  • Lebihan/penganguran buruh = L1L2
  • Maka, penetapan tingkat upah lebih tinggi daripada tingkat pasaran akan menyebabkan pengganguran.
  • Selain itu, ini akan meningkatkan kos pengeluaran firma, akibatnya firma yang memperoleh untung normal akan mengalami kerugian dan mungkin meninggalkan industri atau menggantikan tenaga buruh kepada tenaga jentera.
4. Perundingan kolektif
  • Perundingan kolektif merupakan proses tawar menawar antara kesatuan sekerja dengan pihak majikan untuk menentukan kadar upah dan syarat syarat pekerjaan yang lebih baik.
  • Dalam proses ini, pihak kesatuan sekerja dan pihak majikan masing-masing mempunyai kadar upah maksimum dan minimum.
  • Kesatuan sekerja akan cuba menuntut kadar kenaikan upah yang maksumum, sementara majikan pula cuba menaikkan kadar upah dengan kadar yang paling minimum.
  • Jika kesatuan sekerja mempunyai kekuatan yang lebih dalam perundingan, maka kadar upah yang dipersetujui akan berjaya
  • Tetapi jika kadar upah maksimum yang ditawarkan oleh pihak majikan lebih rendah daripada kadar upah minimum yang dikehendaki oleh kesatuan sekerja, maka proses tawar-menawar ini mengalami kegagalan.
  • Akhirnya, kekecohan atau pertelingkahan akan wujud di dalam industri. Dengan itu, kesatuan sekerja boleh meneruskan tuntutanya dengan beberapa cara seperti mogok, piket, pemulauan, dan melambatkan kerja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s