Penentuan tingkat upah dalam pasaran buruh persaingan sempurna (Keseimbangan pasaran buruh)

  • Dalam pasaran buruh, bilangan buruh dan firma sangat banyak. Buruh tidak bergabung dengan kesatuan sekerja, dan firma tidak bersatu dengan organisasi majikan.
  • Ini bermakna buruh dan firma masing masing merupakan “penerima upah” yang telah ditetapkan oleh kuasa permintaan dan penawaran di pasaran.
  • Keluk penawaran buruh (SL) berbentuk cerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan positif antara tingkat upah dengan kuantiti buruh yang ditawarkan.
  • Keluk permintaan buruh (DL) berbentuk cerun kebawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara tingkat upah dengan kuantiti buruh diminta.

Screen Shot 2013-11-25 at 2.15.47 PM

  • Keseimbangan pasaran buruh dicapai di E0 apabila keluk DL dan keluk SL bersilang. Ini menghasilkan upah keseimbangan W0 dan kuantiti buruh keseimbangan L0.
  • Tingkat upah selain W0, keseimbagan pasaran buruh tidak dicapai kerana wujud lebihan permintaan atau lebihan penawaran buruh.
  • Tingkat upah W1, wujudnya lebihan penawaran buruh sebanyak AB atau L1L2, maka upah cenderung merosot ke arah keseimbangan di W0.
  • Tingkat upah W2, wujudnya lebihan penawaran buruh sebanyak CD atau L3L4, maka upah cenderung meningkat ke arah keseimbangan di W0.
  • Kesimpulanya, keseimbangan pasaran buruh hanya dicapai apabila permintaan buruh sama dengan penawaran buruh.
  • Ketidakstabilan dalam pasaran akibat lebihan permintaan atau lebihan penawaran akan dielaraskan melalui perubahan dalam tingkat upah.
Advertisements

3 thoughts on “Penentuan tingkat upah dalam pasaran buruh persaingan sempurna (Keseimbangan pasaran buruh)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s