Penentu Kegagalan / Kejayaan Tuntutan Kesatuan Sekerja ( Nota 2 )

Bahagian upah dalam jumlah kos pengeluaran

  • Jika upah menduduki bahagian kecil daripada jumlah kos pengeluaran, maka tuntutan upah tinggi oleh kesatuan sekerja akan lebih berjaya.
  • Kerana tuntutan ini tidak menyebabkan kenaikan jumlah kos pengeluaran yang besar.
  • Jika tuntutan tidak dipenuhi, majikan akan menghadapi mogok yang akan menganggu proses pengeluaran dan menjejaskan nama baik firma.

Keanjalan permintaan keluaran yang dihasilkan

  • Jika keanjalan permintaan keluaran firma tak anjal, maka kesatuan sekerja akan berjaya menuntut kenaikan upah.
  • Kerana firma boleh meringankan beban kenaikan kos pengeluaran dengan menaikan harga keluaran tersebut.
  • Apabila harga meningkat, barang tersebut akan meningkatkan jumlah hasil firma.

Bilangan pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja

  • Kekuatan kesatuan sekerja bergantung kepada bliangan pekerja yang menjadi ahli.
  • Jika majoriti menyertai kesatuan sekerja, maka kesatuan sekerja mempunyai kuasa tawar-menawar yang kuat.
  • Kerana mereka mewakili kebanyakan pekerja untuk meneruskan proses pengeluaran.

Keadaan guna tenaga dalam ekonomi

  • Jika ekonomi berada dalam tingkat guna tenaga tinggi, maka kesatuan sekerja mempunyai kuasa tawar-menawar yang kuat.
  • Kerana jika mogok dilancarkan, majikan akan menghadapi masalah untuk mencari pekerja baru.
  • Jadi adalah lebih bijak jika majikan meningkatkan kadar upah pekerja yang sedia ada daripada mengambil pekerja yang baru.

Kekuatan kewangan kesatuan sekerja

  • Mogok kesatuan sekerja lebih lama jika kedudukan kewangan yang kukuh.
  • Sebab pekerja-pekerja yang mogok akan dibayar elaun atau upah minimum daripada tabung kesatuan sekerja.
  • Jadi mereka sanggup mogok untuk tempoh yang lebih lama.
  • Ini akan merugikan majikan kerana proses pengeluaranya tergendala.

Perbezaan/ jurang upah dengan firma lain

  • Jika upah firma A lebih rendah daripada firma B, maka ini akan menambahkan kekuatan firma dalam menuntut kenaikan gaji.
  • Semakin besar jurang antara tingkat upah yang diterima dengan tingkat upah di pasaran, maka makin berjaya tuntutan kenaikan gaji.

Prestasi firma

  • Jika prestasi fima baik, iaitu menikmati keuntungan yang tinggi, maka kesatuan sekerja akan lebih berjaya.

Untuk faktor kegagalan, just pusing je ayat dia.

3 thoughts on “Penentu Kegagalan / Kejayaan Tuntutan Kesatuan Sekerja ( Nota 2 )

  1. Macam mana pulak keanjalan permintaan buruh mempengaruhi faktor kejayaan dan kegagalan tu?

  2. Macam mana pula keanjalan permintaan buruh mempengaruhi faktor kejayaan dan kegagalan tu?

    1. Jika pasaran tersebut mempunyai permintaan buruh yang tidak anjal, ini bermaksud setiap peningkatan terhadap tingkat upah yang besar akan diikuti dengan penurunan kuantiti permintaan buruh yang sedikit. Maka, kesatuan sekerja dikatakan mempunyai kuasa terhadap tuntutan mereka. Ini mungkin disebabkan oleh kuantiti buruh yang sedikit yang mendorong permintaan buruh menjadi tak anjal atau ketidakcukupan buruh yang mempunyai kemahiran yang spesifik di pasaran.

      Semakin tidak anjal permintaan buruh, semakin berjaya tuntutan kesatuan sekerja untuk meningkatkan tingkat upah mereka. Sebaliknya juga benar.

Leave a comment