Kebaikan Monopolistik

Pengguna mempunyai banyak pilihan

  • Barang yang dihasilkan adalah berbeza corak. Ini dapat memperluas pilihan pengguna.
  • Pengguna dapat membuat perbandingan dari segi harga dan kualiti. Pilihan yang luas akan meningkatkan kebajikan pengguna.

Agihan pendapatan yang setara

  • Corak agihan pendapatan adalah agak setara kerana firma hanya memperoleh untung normal sahaja dalam jangka masa panjang.
  • Ini bermakna pengguna tidak dianiayai dari harga yang tinggi.

Kebaikan daripada aktiviti persaingan bukan harga

  • Aktiviti perkhidmatan selepas jualan dapat menambahkan kepuasan pengguna kerana perkhidmatan terus diberi selepas pembelian.
  •  Iklan membantu pengguna membuat pilihan yang bijak dan mendapat maklumat tentang keluaran baru firma.
  • Pemberian sampel percuma memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba sesuatu keluaran terlebih dahulu sebelum membeli.
  • Promosi jualan dapat menjimatkan perbelanjaan pengguna.

Menggalakkan aktiviti R&D

  • Persaingan antara firma menggalakkan aktiviti R&D untuk memperbaiki kualiti keluaran dan menghasilkan keluaran baru.
  • Ini dapat menambah pilih pengguna dan dapat menikmati barang yang lebih berkualiti dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s