Pembolehubah Makroekonomi

Bila kita nak kaji ekonomi dari perspektif makro, apakah sudut atau angle yang sesuai kita lihat? Well, terdapat 7 sudut kita boleh tengok. Sudut ini dipanggil sebagai pembolehubah makroekonomi.

Pendapatan negara dan keluaran negara

  • Pendapatan negara – Jumlah pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran (i.e: buruh, usahawan) untuk temph setahun.
  • Contohnya: sewa, upah, untung, dan faedah bersih.
  • Keluaran negara –  Jumlah barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun.
  • Pertambahan PN dan KN menunjukkan perkembangan ekonomi kerana lebih banyak peluang diwujudkan, maka penggunaan faktor pengeluaran meningkat dan kadar pengganguran menurun.
  • Selain itu, tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat juga meningkat.

Guna tenaga dan tenaga buruh

  • Tenaga buruh – Jumlah penduduk berusia 16 hingga 64 tahun yang bekerja atau sedang aktif mencari pekerjaan.
  • Suri rumah dan pelajar tidak tergolong sebagai tenaga buruh.
  • Guna tenaga – Bahagian tenaga buruh yang bekerja.
  • Tenaga buruh adalah golongan individu yang bekerja dan menganggur.
  • Guna tenaga hanya tergolong individu yang bekerja sahaja.
  • Maka,

Screen Shot 2015-10-14 at 11.59.29 AM

  • Kadar GT

Screen Shot 2015-10-14 at 11.59.15 AM

  • Kadar pertumbuhan GT

Screen Shot 2015-10-14 at 12.04.33 PM

  • Kadar TB

Screen Shot 2015-10-14 at 11.529.15 AM

  • Kadar pertumbuhan TB

Screen Shot 2015-10-14 at 12.05.54 PM

Pengangguran

  • Pengangguran adalah masalah ekonomi dimana buruh tidak bekerja tetapi sanggup mendapatkan pekerjaan.
  • Pengangguran berpunca dari kemelesetan ekonomi, penggantian buruh kepada mesin, dan lain-lain.
  • Formula kadar pengangguran:

Screen Shot 2015-10-14 at 12.22.21 PM

  • Apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang, ekonomi dikatakan mencapai guna tenaga penuh.
  • Pengangguran yang selebihnya itu dikatakan bersifat sementara dan sering berlaku.

Inflasi

  • Inflasi adalah masalah ekonomi dimana tingkat harga umum meningkat secara berterusan.
  • Inflasi berpunca dari perbelanjaan lebih dari ekonomi yang mencapai guna tenaga penuh, kenaikan kos pengeluaran atau harga barang import.
  • Inflasi menyebabkan kos sara hidup meningkat dan taraf kehidupan menurun.
  • Harga umum adalah purata harga barang dan perkhidmatan yang dipasarkan.
  • Kadar inflasi dapat dihitung menggunakan indeks harga pengguna.

Screen Shot 2015-10-14 at 12.35.57 PM

Imbangan pembayaran

  • Imbangan pembayaran ialah penyata urus niaga dan aliran modal antara sesebuah negara dengan negara yang lain.
  • IP dapat menggambarkan sama ada perdagangan antarabangsa menguntungkan atau merugikan negara itu.
  • Kurangan IP merugikan negara itu dan mengurangkan rizab pertukaran asing.

Pertumbuhan ekonomi

  • Pertumbuhan ekonomi adalah peningkatan kegiatan ekonomi yang menyebabkan KDNK sesebuah negara meningkat.
  • PE disebabkan oleh pertambahan jumlah keluaran negara, pembangunan infrastruktur, pertambahan peluang pekerjaan, dan lain-lain.
  • Formula PE:

Screen Shot 2015-10-14 at 1.01.43 PM

  • PE boleh juga dihitung menggunakan KNK

Screen Shot 2015-10-14 at 1.07.43 PM

  • KDNK lebih sesuai digunakan untuk mengukur PE berbanding KNK kerana KDNK menunjukkan pertambahan output di dalam negara itu sahaja. KNK melibatkan pertambahan output di luar negara.

Pertumbuhan kebajikan

  • Pertumbuhan kebajikan bermaksud kenaikan taraf hidup masyarakat.
  • PK berlaku apabila pendapatan negara meningkat melebihi pertambahan penduduk.
  • Formula PK:

Screen Shot 2015-10-14 at 1.23.50 PM

  • PPK (pendapatan per kapita) adalah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara.
  • PK tidak semestinya menggambarkan peningkatan taraf hidup masyarakat kerana peningkatan penduduk mungkin melebihi peningkatan KDNK benar.
  • Ini menyebabkan taraf hidup masyarakat menurun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s