Faktor wujud perbezaan tingkat upah antara sektor

Kewujudan faktor pengganti

  • Buruh sektor pertanian mudah diganti kerana terdiri daripada buruh kurang mahir yang senang diganti dengan buruh asing.
  • Maka, permintaanya anjal.
  • Buruh sektor perindustrian adalah buruh mahir yang sukar diganti.
  • Maka permintaanya kurang anjal.

Daya pengeluaran

  • Daya pengeluaran buruh sektor pertanian rendah berbanding sektor perindustrian.
  • Kerana kebanyakan aktiviti pertanian masih secara tradisional di luar bandar.
  • Dan tidak menggunakan peralatan moden, dijalankan secara kecil-kecilan sebab batasan modal dan saiz tanah.
  • Sektor perindustrian menggunakan teknologi moden dan secara besar-besaran dalam proses pengeluaranya.
  • Dan mengamalkan pengkhususan membolehkan daya pengeluaran buruh dicapai pada tahap yang tinggi.

Mobiliti buruh

  • Mobiliti buruh sektor pertanian adalah kurang berbanding dengan buruh dalam sektor perindustrian.
  • Kerana dengan tingkat kemahiran yang rendah, peluang pekerjaan bagi meraka yang terlibat dalam sektor pertanian adalah sikit.
  • Tambahan pula, sektor pertanian tidak mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan yang banyak, maka mereka sukar untuk menukar pekerjaan.
  • Buruh dalam sektor perindustrian merupakan buruh mahir. Mereka mudah bergerak atau menukar pekerjaan kerana mereka mempunyai pilihan pekerjaan yang banyak.
  • Hal ini disebabkan oleh sektor perindustrian mempunyai daya serapan tenaga buruh yang tinggi, persaingan antara firma dalam mengekalkan buruh sedia ada dan memperoleh buruh dari firma lain menyebabkan mereka dibayar upah yang tinggi.

Peranan orang tengah

  • Sektor pertanian masih menggunakan orang tengah pemasaran.
  • Orang tengah ini sentiasa mengaut keuntungan yang berlebihan.
  • Hal ini menyebabkan pulangan bagi sektor pertanian rendah, maka tingkat upah yang dibayar kepada buruh turut rendah.
  • Keluaran sektor perindustrian diusahakan secara besar-besaran. Firma menpunyai jabatan pemasaran yang menguruskan penghantaran, pengagihan, dan penjualan keluaran tanpa melibatkan orang tengah.
  • Ini disebabkan firma memperoleh tingkat keuntungan yang tinggi, dan sanggup membayar upah lebih tinggi.

Kesatuan sekerja

  • Jika bilangan pekerja banyak dalam sesuatu industri, maka kesatuan sekerja akan ditubuhkan untuk memperjuangkan hak-hak mereka terutamanya dalam menuntut tingkat upah yang lebih tinggi.
  • Buruh dalam sektor pertanian biasanya tidak mempunyai kesatuan sekerja untuk mewakili mereka.
  • Jika ada, kesatuan sekerja yang wujud juga tidak mempunyai kuasa dalam menuntut kenaikan upah.
  • Kerana masalah kewangan dan bilangan ahli yang kurang.

Harga keluaran

  • Harga keluaran sektor pertanian adalah lebih rendah berbanding dengan sektor perindustrian.
  • Dengan harga barang pertanian yang rendah maka sektor pertanian tidak mendatangkan pulangan yang lumayan seperti sektor perindustrian.
  • Oleh itu, sektor pertanian tidak mampu untuk membayar tingkat upah yang lebih tinggi.

One thought on “Faktor wujud perbezaan tingkat upah antara sektor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s