Cara Firma Dalam Pasaran Persaingan Bermonopoli Meningkatkan Jualan Dan hasil Serta Bahagian Dalam Pasaran

  1. Persaingan bukan harga merupakan aktiviti menambahkan jualan selain mengubah tingkat harga keluaran.
  2. Firma bermonopoli akan melakukan persaingan bukan harga kerana terdapat banyak barang pengganti hampir dalam pasaran yang menjadikan kuasa monopoli setiap firma agak kecil.
  3. Apabila firma dapat menambahkan hasil jualan dalam pasaran, maka ini secara langsung dapat meningkatkan bahagian jualan firma dalam pasaranm dan seterusnya menambah kuasa monopli firma persaingan bermonopoli.
  4. Aktiviti-aktiviti persaingan bukan harga adalah seperti di bawah :

1. Pengiklanan

  • Iklan adalah alat penyampaian mesej kepada pengguna.
  • Saluran iklan seperti televisyen, surat khabar, majalah dan radio dapat menunjukkan kelebihan sesuatu keluaran berbanding keluaran pesaing serta memaklumkan pengguna tentang keluaran baru.

2. Penjenamaan

  • Firma dapat melakukan penjenamaan, iaitu memberi nama, istilah, tanda atau simbol untuk membezakan keluaranya daripada keluaran pesaing.
  • Dengan adanya jenama, pengguna mudah mengenal pasti keluaran sesebuah firma. Ini akan mewujudkan pengguna yang setia kepada jenama kerana yakin terhadap mutu keluaran dan akan mengulangi pembelian pada masa akan datang.

3. Pembungkusan

  • Firma akan membungkus keluaranya untuk membezakan keluaranya daripada keluaran pesaing.
  • Pembungkusan dapat menarik minat pembeli untuk membeli sesuatu keluaran.
  • Pembungkusan boleh dibuat sama ada dengan menggunakan bekas ataupun pembalut yang warna-warni.

4. Perkhidmatan selepas jualan

  • Firma harus terus menawarkan perkhidmatan kepada pengguna seperti membeli nasihat tentang cara penggunaan, menggantikan bahagian yang rosak dengan percuma, dan melakukan penyelenggaraaan.
  • Hal ini penting supaya pengguna mendapat keselesaan dan kepuasan apabila menggunakan keluarannya.
  • Keadaan ini dapat menjalinkan hubungan mesra antara penjual dengan pengguna serta pengguna akan menambahkan pembelian atau pembelian ulangan pada masa akan datang.

5. R&D

  • Aktiviti R&D terhadap keluaran perlu dijalankan supaya mutu keluaran dapat sentiasa diperbaiki di samping dapat menghasilkan keluaran baru dari semasa ke semasa mengikut cita rasa pengguna yang berubah-ubah.

6. Promosi jualan

  • Promosi jualan meliputi aktiviti pemberian sampel, hadiah percuma, cabutan bertuah, dan jualan murah sebagai daya tarikanya yang bertujuan untuk menambah pembelian pengguna.
  • Firma juga boleh mendirikan rak pameran di tempat strategik seperti di pusat beli-belah dengan memperagakan keluaran, untuk menggalakkan orang ramai menggalakkan orang ramai mengunjungi tempat promosi itu dijalankan dengan harapan dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli keluaranya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s