Kawalan Langsung : P = MC ( Firma Mencapai Kecekapan Peruntukan )

  • Kerajaan boleh menetapkan tingkat harga optimum sosial, iaitu apabila P = MC. Ini ditunjukkan oleh titik persilangan di antara AR dengan MC seperti di bawah.

Screen Shot 2013-02-27 at 9.44.51 PM

  • Sebelum kawalan kerajaan, firma mencapai keseimbangan apabila MC=MR di titik E. Firma monopoli mencapai keseimbangan pada titk B, iaitu apabila AR bersilang dengan MC. Harga keseimbangan jatuh daripada P1 kepada P2 dan tingkat output naik daripada Q1 kepada Q2.
  • Persoalanya, adakah kerajaan perlu memberi subsidi kepada monopoli supaya menjayakan strategi ini? atau dengan kata lain adakah monopoli mengalami kerugian setelah penetapan tingkat harga baru ini?
  • Daripada rajah, walaupun tingkat harga jatuh setelah kawalan kerajaan, ia masih pada tingkat yang melebihi AC, iaitu BQ2 lebih daripada CQ2 di mana AR lebih daripada AC. Firma monopoli masih memperoleh untung lebih normal. Jadi, kerajaan tidak perlu memberi subsidi.
  • Walaubagaimanapun, jika struktur kos firma monopoli seperti rajah di bawah, maka subsidi diperlukan supaya firma sekurang-kurangya memperoleh untung normal untuk meneruskan operasinya.

Screen Shot 2013-02-27 at 10.12.09 PM

  • Sebelum campur tangan kerajaan, firma mencapai keseimbangan di E1 dengan tingkat harga dan output keseimbangan P1 dan Q1. Setelah kerajaan campur tangan pengeluaran akan ditetapkan pada P=MC di titik B di mana keluk AR dan MC bersilang. Output menjadi Q2 dengan tingkat harga sebanyak P2.
  • Pada output ini, keluk AC diatas AR iaitu sebesar CB. Dengan itu, perbezaan CB ini merupakan kerugian maka subsidi perlu diberi sebanyak DCBP2 iaitu sama dengan jumlah untung kurang normalnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s