Jenis-Jenis Diskriminasi Harga

Diskriminasi harga darjah pertama

  • Setiap pengguna akan dikenakan tingkat harga maksimum yang mampu dibayar olehnya untuk sesuatu barangan.
  • Harga yang berbeza bukan setakat dikenakan ke atas pengguna yang berbeza tetapi pengguna yang sama juga akan dikenakan harga yang berlainan bergantung kepada kemampuan membayarnya untuk memperoleh kuantiti barang tersebut.

  • Untuk memperoleh durian yang pertama, pengguna sanggup membayar RM20 tetapi kesanggupan membayarnya semakin merosot untuk memperoleh kuantiti durian yang semakin bertambah kerana utiliti sut untuk durian semakin berkurangan.
  • Ini bererti tingkat kepuasan yang diperoleh daripada memakan durian yang kedua tidak setinggi durian yang pertama, maka lebihan pengguna tidak wujud di bawah amalan diskriminasi harga darjah pertama. Lebihan pengguna telah berpindah menjadi lebihan pengeluar.
  • Tambahan AR adalah sama dengan tingkat harga barang. Ini bermakna keluk AR = MR di bawah diskriminasi harga darjah pertama.

Diskriminasi darjah kedua

  • Pemonopoli akan mengenakan harga yang berbeza untuk blok unit yang berbeza atas barang yang sama. Contohnya,

  • Diskriminasi harga darjah kedua biasanya diamalkan oleh monopoli semula jadi yang menyediakan perkhidmatan seperti bekalan elektrik dan air.

Diskriminasi darjah ketiga

  • Pemonopoli akan meletakkan harga yang berbeza bagi kumpulan pengguna atau pasaran yang berbeza.
  • Pemonopoli akan membezakan penggunanya mengikut kriteria tertentu seperti jantina, kelas sosial ekonomi, geografi, dan sebagainya.
  • Setiap bahagian pasaran mempunyai keanjalan permintaan yang berbeza. Tingkat harga yang lebih tinggi akan dikenakan ke atas pasaran yang mempunyai kenjalan permintaan kurang anjal. Manakala harga rendah dikenakan ke atas pasaran yang mempunyai keanjalan permintaan yang lebih anjal.

2 thoughts on “Jenis-Jenis Diskriminasi Harga

    1. Betul, diskriminasi harga dalam tiket penerbangan boleh berlaku dalam bentuk:

      1) Umur: Harga dewasa / harga kanak-kanak.
      2) Pendapatan : First class / economy class.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s