Keseimbangan Monopoli Dalam Jangka Pendek

Untung lebih normal

  • Pasaran monopoli akan menikmati untung lebih normal jika AR melebihi AC pada tingkat keluaran keseimbangan.
  • Daripada rajah dibawah, firma monopoli mencapai keseimbangan di E apabila MC=MR pada tingkat keluaran Q dan harga keseimbangan P.

  • Pada tingkat keluaran Q, AR sebesar AQ, maka TR ialah OPAQ. Manakala AC ialah BQ, maka TC ialah OCBQ. Ini menunjukkan untung perunit keluaran ialah AB dan jumlah keuntungan sebesar CPAB yang diwakili oleh kawasan berlorek.
  • Kesimpulanya, firma monopoli akan menikmati untung lebih normal dalam jangka pendek dengan syarat MC=MR dan AR>AC.

Untung normal

  • Daripada rajah, firma monopoli mencapai tingkat keseimbangan di E apabila keluk MC=MR pada tingkat keluaran Q dan harga keseimbangan P.
  • Pada keseimbangan ini,  AR adalah sebesar AQ, maka TR ialah OPAQ. AC juga adalah sebesar AQ, maka TC juga OPAQ. Ini ditunjukkan oleh keluk AC yang menyentuh keluk AR di titik A. Oleh yang demikian, TR sama dengan TC. Ini menyebabkan firma monopoli hanya memperoleh untung normal sahaja.
  • Kesimpulanya, firma monopoli akan menikmati untung normal dalam jangka pendek dengan syarat MC=MR dan AR=AC.

Untung kurang normal

  • Monopoli akan mengalami untung kurang normal jika AR kurang daripada AC pada tingkat keseimbangan seperti rajah di atas.
  • Daripada rajah diatas, firma monopoli mencapai keseimbangan apabila MC=MR di titik E, pada tingkat keluaran Q dan harga keseimbangan P.
  • Pada keluaran Q, AC ialah BQ, maka TC sebesar OCBQ. AR pula ialah AQ, maka TR adalah sebesar OPAQ. Oleh sebab TC melebihi TR, maka firma mengalamai untung kurang normal sebanyak PCBA yang diwakili oleh kawasan berlorek.
  • Kesimpulanya, firma monopoli akan mengalami untung kurang normal dalam jangka pendek dengan syarat MC=MR dan AR<AC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s