Keseimbangan Monopoli Dalam Jangka Panjang

  • Dalam jangka panjang, firma monopoli akan menikmati untung lebih normal kerana firma monopoli merupakan pengeluar tunggal tanpa kebebasan keluar masuk.
  • Jika firma monopoli memperoleh untung kurang normal dalam jangka pendek, maka ia perlu membuat penyesuaian ke atas saiz lojinya yang sekurang-kurangya mendatangkan untung normal dalam jangka panjang. Jika tidak, ia perlu menutup operasinya.
  • Penyesuaian saiz loji oleh firma monopoli dalam jangka panjang dapat ditunjukkan oleh rajah di bawah.

  • Daripada rajah di atas, firma monopoli mencapai tingkat keseimbangan dalam jangka pendek di E1, iaitu apabila keluk SMC1 bersilang dengan keluk MR dengan firma sedang menggunakan saiz loji SAC1. Harga dan tingkat keluaran keseimbangan ialah P1 dan Q1. Pada tingkat keluaran Q1, firma monopoli sedang menikmati untung lebih normal sebanyak kawasan berlorek P1ABC1 di mana hasil purata melebihi kos purata.
  • Dalam jangka panjang, monopoli akan membesarkan saiz lojinya supaya tingkat keluaran dapat ditingkatkan dengan beroperasi pada loji SAC2. Pada loji SAC2 firma monopoli mencapai keseimbangan di E2 dengan harga dan tingkat keluaran keseimbangan di P2 dan Q2.
  • Pada keluaran Q2, hasil purata sebesar A1Q2 dan kos purata B2Q2. Oleh sebab hasil purata melebihi kos purata, maka firma monopoli akan terus menikmati untung lebih normal sebanyak C2P2A1B2. Untung lebih normal ini lebih besar berbanding dengan untung lebih normal jangka pendeknya P1ABC1.
  • Walaupun saiz loji SAC2 bukanya saiz loji dengan kos purata terendah LAC minimum, tetapi pada E2, kos sut jangka pendek dan panjang adalah sama dengan hasil sut.
  • Kesimpulanya, dalam jangka panjang, firma monopoli mencapai keseimbangan apabila SMC=LMC=MR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s