Keburukan Pasaran Monopoli

  • Pasaran monopoli dikatakan menindas pengguna dengan mengenakan tingkat harga yang tinggi dan menghasilkan tingkat output yang kurang akibat daripada kuasa monopolinya.
  • Kuasa monopoli ditunjukkan oleh keluk AR yang bercerun ke bawah dari kiri ke kanan yang sentiasa berada di atas keluk MR.

Tidak mencapai kecekapan pengeluaran

  • Pada tingkat keluaran Q1, kos puratanya adalah BQ1. Ia ditunjukkan pada titik B iaitu pada bahagian keluk kos purata yang sedang menurun.
  • Ini bermakna firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana tidak beroperasi pada titik minimum kos purata, iaitu pada titik C.

Pembaziran kapasiti

  • Tingkat keluaran Q1 bukan jumlah pengeluaran yang maksimum. Oleh itu, wujudnya pembaziran atau lebihan kapasiti sebanyak Q1Q2.
  • Ini bermakna firma monopoli sebenarnya boleh menurunkan lagi kos puratanya jika ia meningkatkan tingkat output.
  • Ini ditunjukkan oleh keluk AC yang sedang menurun di antara output Q1Q2. Walau bagaimanapun, hanya Q1 dihasilkan kerana selepas Q1, keluk MC lebih besar daripada MR.

Tidak mencapai kecekapan peruntukan

  • Ini kerana pada output keseimbangan, tingkat harganya melebihi MC.
  • Oleh itu, ia gagal memperuntukkan faktor pengeluaran secara cekap.

Agihan pendapatan tidak rata

  • Kuasa monopoli telah menyebabkan firma monopoli menikmati untung lebih normal. Ini ditunjukkan oleh kawasan yang berlorek.
  • Pengguna terpaksa membayar tingkat harga yang tinggi dan menikmati jumlah keluaran yang sedikit.
  • Ini menyebabkan untung monopoli semakin bertambah dan jurang pendapatan semakin besar atau agihan pendapatan semakin tak adil.

Monopoli tidak menggalakkan perkembangan teknologi

  • Monopoli menghadkan perkembangan teknologi dan pembaharuan.
  • Oleh sebab tiadanya kebebasan keluar masuk, maka firma monopoli tidak mengahadapi persaingan.
  • Dengan itu, perbelanjaan untuk menjalankan R&D dirasakan tidak perlu. Tanpa usaha inovasi, kualiti barang tidak dapat diperbaiki, menyebabkan kebajikan masyarakat juga tidak dapat dipertingkatkan.

Kebrukan akibat dasar diskriminasi harga

  • Dasar diskriminasi harga akan merugikan masyarakat tempatan kerana dengan sifat permintaan yang kurang anjal, pengguna terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi.
  • Jika firma monopoli mengenakan harga maksimum yang mampu dibayar oleh pengguna di mana tingkat harga yang sanggup dibayar adalah sama dengan tingkat harga sebenar dibayar, ia mendatangkan faedah sosial kerana agihan barangan tidak optimum. Ini menyebabkan tingkat kepuasan mengguna yang rendah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s