Kebaikan Pasaran Monopoli

Monopoli membolehkan firma yang mengalami kos menurun menghasilkan lebih output dengan harga yang lebih rendah

  • Pertambahan output akan menyebabkan kos per unitnya semakin rendah. Firma monopoli akan menghasilkan tingkat output yang banyak dengan mengenakan harga yang rendah seperti ditunjukkan oleh rajah di bawah.

  • Apabila firma menikmati ekonomi bidangan, keluk kos sut beralih ke bawah dari MC1 ke MC2 dimana firma dapat menghasilkan tingkat output yang lebih banyak dengan harga yang semakin rendah. Dengan keluk MC yang baru dan titik keseimbangan baru di E2, tingkat harga keseimbangan telah merosot daripada P1 kepada P2, manakala jumlah keluaran bertambah daripada Q1 kepada Q2.

Kebaikan diskriminasi harga

  • Meluaskan pasaran dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan. Firma monopoli yang membahagikan pasaran kepada beberapa pasaran yang kecil akan dikenakan harga yang berbeza mengikut kemampuan mereka untuk membayar. Oleh yang demikian, pasaran tersebut dapat diperluas kerana semakin ramai pengguna yang mampu memperoleh  barangan tersebut dan dapat mengagihkan pendapatan dengan lebih serata.
  • Meningkatkan tingkat kebajikan masyarakat. Melalui dasar diskriminasi harga, pengguna yang berpendapatan rendah dapat menikmati sesuatu barang berdasarkan keupayaan untuk membayarnya.

Firma monopoli boleh menjalankan perkhidmatan awam dengan cekap

  • Firma monopoli dapat menguasaai hampir keseluruh pasaran dan dapat beroperasi dengan semakin cekap apabila tingkat outputnya bertambah. Jika wujudnya persaingan, maka masyarakat perlu membayar perkhidmatan ini dengan harga yang lebih tinggi dan mungkin mewujudkan pembaziran kapasiti.
  • Beberapa perkhidmatan awam seperti bekalan air, dan elektrik hanya sesuai dijalankan oleh firma monopoli  supaya ia akan menikamati ekonomi bidangan dan mampu menghasilkan tingkat keluaran dengan banyak.

Monopoli boleh menggalakkan perkembangan teknologi

  • Firma monopoli akan digalakkan untuk menjalankan R&D atas keluaranya supaya dapat mempertahankan kuasa monopolinya dan untung lebih normalnya.
  • R&D akan memperkembangkan teknologi, mengurangkan kos pengeluaran, memperbaiki kualiti keluaran, dan mewujudkan keluaran baru di pasaran. Ini secara tidak langsung juga meningkatkan kebajikan masyarakat melalui pilihan yang semakin banyak dan menikmati barang yang lebih baik kualitinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s