Syarat-Syarat Diskriminasi Harga

Berikut merupakan syarat yang mesti dipenuhi oleh firma jika ingin melaksanakan dskriminasi harga

Penjual mestilah seorang monopoli

  • Dasar diskriminasi harga hanya boleh dijalankan oleh firma monopoli kerana ia boleh mempengaruhi tingkat harga atau keluaran.
  • Untuk menjual barangan yang sama tetapi mengenakan harga yang berbeza hanya mungkin dilakukan oleh penjual yang berupaya menguasai atau mempengaruhi pasaran melalui kuasa monopolinya.

Wujud lebih daripada satu pasaran

  • Frima monopoli haruslah memisahkan penggunaanya kepada beberapa pasaran tertentu supaya pengguna yang membayar harga tinggi tidak dapat berpindah ke pasaran yang lebih murah atau sebaliknya.
  • Pengguna boleh diasingkan kepada beberapa kumpulan tertentu mengikut jantina, umur, jarak, atau kawasan penempatan, serta kedudukan sosial ekonomi.

Setiap pasaran mempunyai keanjalan permintaan harga yang berbeza

  • Dasar diskriminasi hanya boleh dilaksanakan jika setiap pasaran mempunyai kenjalan permintaan harga yang berbeza iaitu bagi pasaran yang mempunyai permintaan anjal, harga yang lebih rendah dikenakan dan sebaliknya.

Keuntungan daripada diskriminasi harga haruslah melebihi kos untuk melakukan dasar tersebut

  • Tujuan menjalankan dasar diskriminasi harga adalah supaya untung yang diperoleh semakin besar. Oleh yang demikian, kos yang terlibat untuk memisahkan pasaran itu mestilah tidak melebihi hasil yang diperoleh.
  • Kos yang terlibat adalah seperti perbelanjaan atas pengangkutan semasa memisahkan pasaran melalui jarak, perbelanjaan atas kemudahan, dan lain-lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s