Penentuan Output Keseimbangan

Pendekatan jumlah kos dan jumlah hasil

  • Seperti dalam PPS, firma monopoli akan menghasilkan tingkat keluaran yang membawa keuntungan maksimum dengan perbezaan positif terbesar antara TR dengan TC.

  • Menurut jadual di atas, kita mendapati bahawa apabila tingkat keluaran bertambah daripada 0 sehingga unit ke-4, tingkat keuntungan semakin meningkat. TR mencapai tahap maksimum apabila firma mengeluarkan 4 unit. Selepas itu, keuntungan akan merosot, dan firma monopoli akan mengalami kerugian mulai tingkat keluaran ke-7.
  • Maka, firma monopoli akan memaksimumkan keuntungan dengan mengeluarkan 4 unit keluaran dengan mengenakan harga RM35 ke atas keluaranya.

  • Melalui rajah dia atas, keluk TR dan TC menentukan tingkat keluaran yang membawa keuntungan maksimum pada unit ke-4, iaitu apabila perbezaan tegak antara keluk TR dan TC adalah terbesar.
  • Apabila TR sama dengan TC, firma berada dalam keadaan pulangan modal. Keadaan ini ditunjukkan oleh keluk TC bersilang dengan keluk TR pada titik A dan B.
  • Bagi keluaran yang kurang daripada titik A dan melebihi titik B, TC melebihi TR, maka firma sedang mengalami kerugian.

Pendekatan kos sut dan hasil Sut

  • Seperti PPS, firma monopoli akan memaksimumkan tingkat keuntungan apabila menghasilkan keluaran pada MC = MR di titik E seperti rajah di bawah.
  • Pada output yang kurang daripada Q1, MR melebihi MC iaitu sebarang tambahan output akan meneyebabkan tambahan dalam TR melebihi tambahan TC, maka pengeluar akan terus menambahkan output sehingga MC=MR.
  • Bagi output yang lebih daripada Q1, MC melebihi MR iaitu sebarang tambahan dalam output akan menyebabkan tambahan dalam TC melebihi tambahan TR, maka pengeluar akan megurangkan output sehingga MC = MR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s