Halangan Dan Sekatan Kemasukan Firma

Wujudnya ekonomi mengikut bidangan

  • Ekonomi mengikut bidangan akan dinikmati oleh firma besar. Firma besar ini menghasilkan tingkat keluaran yang sangat banyak dan menguasai hampir keseluruhan pasaran menyebabkan firma menikmati ekonomi bidangan dalaman dan luaran dengan tingkat kos perunit yang terendah dan mampu mengenakan harga yang rendah pada masa yang sama.
  • Adalah sukar bagi firma baru untuk masuk bersaing dengan firma monopoli yang tidak dapat menjual keluaranya dengan harga yang lebih rendah daripada firma monopoli yang sedang menikmati ekonomi bidangan.

Halangan undang-undang

  • Kuasa monopoli juga boleh wujud melalui undang-undang kerajaan, contohnya pemberian hak cipta atau hak paten dan pemberian lesen kepada syarikat tertentu sahaja.
  • Pemberian hak paten menggalakkan usaha R&D untuk keluaran baru. Hasil usaha ini perlu dilindungi dari segi undang-undang, iaitu hanya firma berkenaan diberi kuasa untuk mengeluarkan barang tersebut dan firma lain tidak boleh menirunya.

Pemilikan faktor pengeluaran semula jadi

  • Jika firma dapat mengawal faktor pengeluaran semula jadi tertentu, maka firma ini mempunyai kuasa monopoli sepenuhnya atas pengeluaran tersebut.
  • Firma lain tidak dapat memasuki industri kerana tidak mempunyai faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang tersebut. Contohnya, syarikat petronas di Malaysia yang mempunyai monopoli atas penawaran petroleum di malaysia

Halangan kewangan dan tingkat teknologi tertentu

  • Ada barang dan perkhidmatan yang memerlukan modal yang besar dan tingkat teknologi yang canggih untuk beroperasi dengan cekap. Misalnya penghasilan kapal terbang.
  • Firma ini akan semakin ekap jika saiz pengeluaran semakin besar. keadaan ini menyebabkan firma lain sukar untuk bersaing denganya walaupun mempunyai tingkat modal yang mencukupi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s