Pendekatan Bagi Penentuan Tingkat Output Keseimbangan

Pendekatan Jumlah Kos (TC) dan Jumlah Hasil (TR)

  • Perbezaan antara TR dengan TC merupakan keuntungan atau kerugian.
  • Apabila TR lebih besar daripada TC, untung akan wujud.
  • Apabila TC lebih besar daripada TR, rugi akan wujud.
  • Untung maksimum diperoleh apabila perbezaan antara TR dengan TC adalah paling besar.

  • Keluaran unit 0 hingga ke-2, firma sedang mengalami kerugian. Keuntungan diperoleh mulai unit ke-3 dan keuntungan maksimum pada keluaran unit ke-7.
  • Selepas unit ke-7, keuntungan semakin merosot.
  • Dari rajah, keluk TR bersilang dengan keluk TC pada titik A dan B iaitu apabila TR = TC. ini dikenali sebagai titik pulang modal.
  • Untung maksimum ditunjukkan oleh jarak terbesar antara TR dengan TC. Iaitu pada tingkat keluaran ke-7.
  • Kawasan berlorek merupakan kerugian kerana kos melebihi hasil.

Pendekatan Kos Sut (MC) dan Hasil Sut (MR)

  • Mengikut pendekatan ini, perbandingan antara MR dengan MC dilakukan pada pelbagai tingkat keluaran.
  • Firma akan mencapai tingkat keseimbangan apabila MR=MC. Pada titik ini, firma mungkin sedang memaksimumkan keuntungan atau menimumkan kerugian.
  • Dari jadual, didapati firma akan memaksimumkan keuntungan pada tingkat keluaran ke-5, apabila tingkat harga PPS diandaikan RM18 seunit, iaitu apabila MR=MC dengan P=AR=MR=18.

  • Mengikut jadual diatas, keluk MC bersilang dengan MR pada titik A dan B seperti keluk di atas.
  • Titik A bukan titik keseimbangan. Ini kerana MC sedang menurun apabila tingkat keluaran bertambah dan bersilang MR dari atas, bermakna jumlah keuntungan firma akan bertambah jika keluaran bertambah. Ini bermakna jumlah keuntungan firma akan bertambah jika keluaran bertambah, kerana tambahan setiap unit output akan mengurangkan kos.
  • Titik B merupakan titik yang memaksimumkan keuntungan iaitu apabila MC memotong MR dari bawah.
  • Pada tingkat keluaran yang terletak di antara A dan B, MR lebih besar daripada MC, akibat tambahan hasil daripada pertambahan satu unit keluaran melebihi tambahan kos. Maka pertambahan keuntungan terus diperoleh sehingga MR=MC.
  • Kesimpulanya, syarat keseimbangan firma adalah MR=MC. Oleh sebab MR=P dalam PPS, maka syarat keseimbangan untuk pasaran ini boleh ditulis juga sebagai P=MC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s