Keseimbangan Firma Dalam Jangka Pendek

Untung Lebih Normal

  • Keeseimbangan pada titik E iaitu apabila MR=MC dengan tingkat harga P dan Q unit keluaran.
  • Hasil purata ialah EQ. Maka jumlah hasil adalah OPEQ.
  • Kos purata ialah AQ. Maka jumlah kos adalah OBAQ.
  • EQ>AQ, maka hasil purata adalah melebihi kos purata sebanyak EA bagi seunit keluaran.
  • TR>TC sebanyak BPEA. Bahagian ini merupakan untung lebih normal.
  • Keseimpulanya, apabila TR melebihi TC dalam jangka pendek, maka firma akan menikmati untung lebih normal.

Untung Normal

  • Keseimbangan pada titik E iaitu apabila MR=MC, dengan tingkat harga P dan Q unit keluaran.
  • Hasil purata ialah EQ. maka jumlah hasil adalah OPEQ.
  • Kos purata juga EQ, maka jumlah kos juga adalah OPEQ.
  • Oleh sebab TR=TC, maka firma dikatakan sedang menikmati untung normal.
  • Untung normal merupakan untung yang harus diperoleh oleh firma supaya firma itu dapat terus beroperasi. Ini bermakna untung sama dengan kos yang dihadapi oleh firma. Dalam jangka panjang, jika firma tidak memperoleh sekurang-kurangnya untung normal, maka ia perlu menutup operasinya.
  • Kesimpulanya, apabila TR=TC dalam jangka pendek, maka firma akan menikmati untung normal.

Untung Kurang Normal

  • Keseimbangan di titik E, iaitu apabila MC= MR dengan tingkat harga P dan Q unit keluaran.
  • Hasil purata adalah EQ. Maka jumlah hasil adalah OPEQ.
  • Kos purata iailah BQ. Maka jumlah kos adalah OABQ.
  • Oleh sebab BQ>EQ iaitu AC melebihi AR sebanyak BE perunit, atau TC melebihi TR sebanyak PABE, maka bahagian PABE merupakan untung kurang normal.
  • Kesimpulanya, apabila TC>AR dalam jangka pendek, maka firma akan menghadapi untung kurang normal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s