Keburukan Pasaran Persaingan Sempurna (PPS)

Pilihan Pengguna Adalah Terhad

  • Keluaran PPS adalah homogen, ini menghadkan pilihan pengguna kerana bagi sesuatu barang tertentu kerana sama jenis tidak kira daripada siapa dan di mana pengguna membeli. Ia menghadkan kepuasan pengguna dalam proses pembelian.

R&D Tidak Dilakukan

  • Oleh sebab firma PPS hanya memperoleh untung normal sahaja, maka perbelanjaan untuk menjalankan R&D tidak dilakukan.
  • Tambahan pula, firma mempunyai pengetahuan sempurna, maka sebarang pembaharuan yang dicipta mudah ditiru oleh firma-firma lain dan tidak menguntungkan ssuatu firma yang menjalankan R&D.

Mewujudkan Kos Sosial

  • Kegiatan firma-firma dalam PPS yang mengejar untuk mencapai kecekapan peruntukan faktor pengeluaran mungkin membawa kos sosial yang akan merugikan masyarakat seperti kesesakan dan pencemaran.

Kualiti Barang Yang Tetap

  • Tanpa aktiviti R&D, firma-firma dalam PPS tidak akan memperbaikan kualiti keluaran mereka.
  • Pengguna akan tetap menikmati sesuatu barang dengan tahap kualiti yang sama untuk suatu tempoh yang lama.

Tidak Menikmati Kelebihan Persaingan Bukan Harga

  • Aktiviti persaingan bukan harga seperti perkhidmatan lepas jualan tidak wujud dalam PPS.
  • Pengeluar hanya akan menanggung kos tambahan tanpa membawa kenaikan hasil jika ia menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pembeli.
  • Ini bermakna proses pembelian akan berakhir sebaik sahaja pengguna membuat pembelian dari pengeluar.

One thought on “Keburukan Pasaran Persaingan Sempurna (PPS)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s