Perbentukan Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LAC)

  • Saiz loji firma diwakili oleh keluk SAC. Andaikan firma mempunyai 3 saiz loji yang berbeza, iaitu SAC1, SAC2 dan SAC3.
  • Andaikan firma ingin menghasilkan tingkat keluaran Q1, firma akan memilih saiz loji SAC1 kerana kos purata  SAC1 pada titik B lebih rendah berbanding dengan saiz loji SAC2 pada titik A (C2<C3).
  • Oleh itu, bagi tingkat keluaran yang kurang daripada Q2, firma akan memilih loji SAC1 untuk meminimumkan kos pengeluaran.
  • Sekiranya firma ingin mengeluarknan tingkat keluaran Q2, saiz loji SAC1 bersilang dengan SAC2 di titik C.
  • Ini bermakna firma boleh memilih loji SAC1 atau SAC2 kerana kos puratanya adalah sama.
  • Walaubagaimanapun firma perlu memilih loji SAC2 kerana loji SAC2 beroperasi dalam keadaan kos yang berkurangan.
  • Pada tingkat keluaran Q3, saiz loji SAC2 dan SAC3 bersilang di titik D dengan kos purata yang sama, iaitu sebanyak C1.
  • Oleh itu, firma boleh menggunakan saiz loji SAC2 atau SAC3.
  • Bagi tingkat keluaran antara Q2 dan Q3, loji SAC2 akan dipilih kerana menghasilkan kos purata yang lebih rendah. Ini ditunjukkan oleh keluk SAC2 yang berada di bawah SAC1.
  • Jika tingkat output melebihi Q3, misalnya Q4, saiz loji SAC3 dipilih kerana kos puratanya hanya C0 (titik F) berbanding dengan C2 (titik E) yang lebih tinggi.
  • Kesimpulanya sambungan titik-titik BCDF akan membentuk keluk LAC. Dapat disimpulkan juga keluk LAC terdiri daripada bahagian keluk SAC yang dapat meminimumkan kosnya pada pelbagai tingkat output.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s