Punca Disekonomi Bidangan Dalaman

Disekonomi Pengkhususan

  • Pengkhususan pekerja akan menimbukan kelemahan kerana melakukan sesuatu pekerjaan yang sama secara berulang-ulang akan menjemukan pekerja.
  • Setiap pekerja hanya melakukan sebahagian kecil kerja dalam menghasilkan sesuatu keluaran.
  • Ini akan menyebabkan kekurangan kepuasan kerja dan menyebabkan prestasi pekerja terjejas dan merugikan firma.

Disekonomi Pengurusan

  • Apabila firma terus berkembang sehingga mencapai satu tahap, ia akan merumitkan hal-hal pengurusan dan pentadbiran.
  • Seseorang pengurus tidak lagi berupaya mengawal sejumlah kakitangan yang terlalu ramai.
  • Kawalan firma menjadi semakin tidak cekap dan menjejaskan kualiti keluaran.

Disekonomi Pemasaran

  • Apabila firma terus berkembang, tingkat keluaran terus meningkat dan ini akan membawa masalah pemasaran.
  • Ketidakcekapan dalam penyelarasan antara jabatan dalam organisasi menyebabkan aktiviti pemasaran terjejas.
  • Aktiviti pengiklanan yang berkesan sukar dirancang apabila tingkat keluaran terlalu banyak.
  • Ini menyebabkan sasaran pengiklanan kepada kumpulan pelanggan yang tepat menjadi semakin rumit.

Disekonomi Teknikal

  • Peralatan kilang akan mengalami kerosakan atau kehausan apabila terus digunakan.
  • Kos pengeluaran meningkat apabila  perbelanjaan pembelian peralatan baru demi menggantikan yang rosak.
  • Ini bermakna, peningkatan tingkat keluaran turut menaikkan jumlah kos pengeluaran firma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s