Penentu Keanjalan Penawaran

Kos pengeluaran tambahan

  • Penawaran tidak anjal sekiranya kos pengeluaran tambahan besar.
  • Penawaran anjal jika kos pengeluaran tambahan kecil.

Corak penggunaan faktor pengeluaran

  • Jika sesuatu barang memerlukan faktor pengeluaran khusus, penawaranya tidak anjal.
  • Kerana faktor itu tidak mudah ditambahkan.
  • Sebaliknya juga benar.

Faktor masa

  • Dalam jangka masa pendek, pengeluaran tidak boleh ditambah.
  • Dan penambahan pengeluaran adalah terhad.
  • Maka penawaran dalam jangka masa pendek adalah tidak anjal.
  • Dalam jangka masa panjang, penawaran adalah anjal. Kerana semua faktor pengeluaran boleh diubah dengan mudah.

Bilangan firma dalam industri

  • Jika bilangan firma yang terdapat dalam industri adalah banyak, jumlah kuantiti barang yang ditawarkan di pasaran akan bertambah.
  • Maka penawaran barang tersebut lebih anjal.
  • Jika bilangan firma dalam industri adalah sedikit, jumlah kuantiti barang yang ditawarkan juga sedikit.
  • Maka penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.

Keupayaan firma memasuki pasaran

  • Jika tiada halangan atau syarat ketat untuk kemasukan firma dalam pasaran, maka semakin banyak firma akan menyertai pasaran.
  • Hal ini akan menyebabkan penawaran pasaran lebih anjal.
  • Dan juga sebaliknya.

Teknologi

  • Perkembangan terknologi dapat meningkatkan daya pengeluaran.
  • Ini menyebabkan penawaran sesuatu barang semakin anjal.
  • Apabila berlakunya kenaikan harga yang kecil, kuantiti barang ditawarkan dapat bertambah dengan banyaknya.

Jenis barang

  • Penawaran barang pertanian adalah kurang anjal berbanding dengan barang kilang.
  • Kerana barang pertanian tidak tahan lama.
  • Maka barang pertanian mempunyai penawaran tidak anjal.

Mobiliti faktor pengeluaran

  • Jika sesuatu barang perlu menggunakan faktor pengeluaran yang mempunyai tahap mobiliti yang tinggi, maka penawaran barang tersebut adalah lebih anjal.
  • Apabila tingkat harga meningkat, kuantiti barang yang ditawarkan dapat ditambah dengan banyak kerana faktor pengeluaran turut dapat ditambah selaras dengan tambahan output.
  • Sebaliknya faktor pengeluaran yang digunakan mempunyai tahap mobiliti yang rendah, pengeluar sukar memperoleh atau menambahkanya apabila hendak menaikkan keluaran.
  • Apabila tingkat harga naik dengan banyak, kuantiti barang yang ditawarkan hanya bertambah sedikit; hal ini bermakna penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.

Penggantian faktor pengeluaran

  • Jika faktor pengeluaran yang digunakan mempunyai banyak faktor pengganti, maka penawaranya adalah lebih anjal.
  • Sebaliknya juga benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s