Penciptaan Wang/Kredit

Salah satu keistimewaan bank perdagangan adalah kebolehan mencipa wang yang secara tidak langsung mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. Secara amnya, semakin besar wang dapat dicipta jika :

  • Nisbah rizab diturunkan.
  • Semua rizab dipinjamkan.
  • Semua deposit yang diterima adalah deposit semasa.
  • Semua urus niaga dibayar dengan cek.
  • Tidak berlakunya bocoran dalam aliran wang.
  • Suasana pelaburan yang baik.
  • Pelabur dapat menyediakan cagaran untuk mendapat pinjaman bank.

Proses mencipta wang

  1. Encik A mempunyai wang tunai RM 1000 dan dia memasukkan ke dalam akaun semasanya di Bank A. Jika nisbah rizab yang ditetapkan bank pusat 10%, maka RM 100 akan dijadikan rizab manakala selebihnya ( RM 900 ) akan dipinjamkan kepada pelanggan lain misalnya Encik B.
  2. Encik B akan menerima RM 900, RM 90 akan dijadikan rizab dan selebihnya iaitu RM 810 akan dipinjamkan kepada Encik C.
  3. Encik C akan menerima RM 810, RM 81 akan dijadikan rizab dan selebihnya iaitu RM 729 akan dipinjamkan kepada pelanggan seterusnya.
  • Proses mencipta wang ini akan berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh digunakan untuk mencipta kredit pinjaman.
  • Ini bermakna proses mencipta wang akan tamat apabila deposit asal RM 1000 Encik A digunakan kesemuanya sebagai rizab.
  • Berapa banyak wang dicipta bergantung kepada nilai pengganda wang.

  • Selepas tamat proses penciptaan wang,

  • Ini bermaksud wang yang diposit serta rizab yang dikumpul meningkat sebanyak 10 kali ganda.
  • Namun, penciptaan wang hanya akan meningkat 10 kali ganda jika tidak berlaku sebarang bocoran atau semua andaian di atas ( 1-7 ) dipenuhi.
  • Bank perdagangan dapat mencipta wang kerana pelanggan-pelanggan bank menggunakan cek sebagai wang untuk semua pembayaran.
Advertisements

2 thoughts on “Penciptaan Wang/Kredit

    1. Waalaikumsalam, berdasarkan contoh diatas, tambahan bekalan wang juga merujuk kepada jumlah pertambahan deposit yang dicipta oleh bank kerana lebihan tersebut terhasil daripada proses penciptaan wang daripada deposit semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s