Institusi Kewangan : Lain – Lain

Syarikat kewangan

  • Institusi kewangan kedua terpenting.
  • Dimiliki oleh pihak swasta untuk mecari keuntungan.
  • Dikawal oleh bank pusat.
  • Fungsi utama syarikat kewangan adalah menerima deposit seperti deposit tabungan dan deposit tetap.
  • Fungsi yang paling menguntungan syarikat kewangan adalah memberi pinjaman seperti sewa beli, pinjaman perumahan, pembiayaan pajakan, dll.
  • Syarikat kewangan tidak meyediakan kemudahan deposit semasa.
  • Oleh itu, syarikat kewangan tidak boleh mencipta kredit.

Bank Saudagar

  • Bank saudagar menerima deposit secara besar-besaran ( minimum RM 250 000 ) daripada bank perdagangan, syarikat korporat, dll.
  • Bank saudagar menguruskan pinjaman sindiket ( gabungan pinjaman beberapa bank dan syarikat kewangan ) untuk membiayai projek besar-besaran
  • Bank saudagar menggerakkan dana pendeposit melalui pelaburan saham dan menanggung jaminan terbitan saham baru kepada syarikat yang ingin meluaskan perniagaan mereka.
  • Bank saudagar juga menawarkan perkhidmatan nasihat korporat tentang penswastaan atau penggabungan dan pengambilalihan syarikat.
  • Kebanyakan bank saudagar yang beroperasi di Malaysia adalah bertaraf antarabangsa misalnya Arab-Malaysian Development Bank Berhad dan Malaysian INternational Merchant Bankers Berhad.
  • Bank saudagar juga dikawal oleh bank pusat.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP )

  • KWSP adalah institusi kewangan milik kerajaan Malaysia yang mengendalikan skim simpanan wajib pekerja sektor swasta dan awam yang berumur 16 keatas.
  • KWSP dijamin oleh kerajaan dan dikawal oleh bank pusat.
  • Fungsi utama KWSP adalah membiayai wang persaraan kepada ahli yang bersara setelah mencapai umur 55 tahun.
  • Sumber kewangan KWSP diperoleh dari caruman pekerja dan majikan yang digunakan untuk perlindungan kepada pencarum lain sekiranya berlakunya kehilangan keupayaan bekerja atau kematian selain untuk membeli rumah dan membiayai kos perubatan.
  • KWSP menggerakkan dana pencarum dengan memberi pinjaman kepada kerajaan Malaysia melalui surat jaminan kerajaan dan memberi pinjaman kepada pihak swasta dengan pembelian debentur syarikat dan sekuriti korporat.

Syarikat Insurans

  • Dimiliki pihak swasta yang bermotifkan keuntungan.
  • Fungsi utama adalah membayar pampasan kepada pemegang polisi terhadap risiko-risiko seperti kerugian harta, nyawa dan lain-lain.
  • Sumber utama syarikat insurans adalah daripada premium pemegang polisinya.
  • Dana pemegang polisi akan dibesarkan dengan melabur dalam surat jaminan kerajaan, korporat, harta tetap dan lain-lain
  • Contoh syarikat insurans yang terkenal adalah The Great Eastern Life Assurance Co. Ltd dan American International Assurance Co. Ltd.

Bank Tabungan

  • Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan bank milik kerajaan Malaysia.
  • Fungsi utama BSN adalah menggalakkan sikap berjimat cermat dikalangan pend.uduk berpendapatan rendah dan sederhana.
  • BSN akan menggerakkan dan pendeposit melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan.

Institusi Kewangan Islam

2 thoughts on “Institusi Kewangan : Lain – Lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s