Fungsi Wang : Kesan Inflasi Keatas Fungsi Wang

Menjejaskan fungsi wang sebagai alat perantaraan pertukaran

  • Inflasi akan meurunkan nilai wang.
  • Ini menyebabkan orang mula hilang kepercayaan terhadap wang sebagai alat pertukaran.
  • Sebaliknya orang ramai akan menggunakan emas sebagai alternatif.

Menjejaskan fungsi wang sebagai alat pengukur nilai

  • Inflasi menyebabkan nilai wang turun tetapi harga barang dan harta semakin naik. Oleh itu, wang tidak lagi sesuai dijadikan sebagai alat pengukur nilai.
  • Semasa inflasi, orang ramai mungkin menggunakan emas sebagai alat pengukur nilai.

Menjejaskan fungsi wang sebagai alat penyimpan nilai

  • Inflasi yang berterusan akan menyebabkan nilai wang pada masa hadapan lebih rendah daripada masa kini tetapi nilai harta tetap semakin naik.
  • Maka wang akan kehilangan fungsinya sebagai alat penyimpanan nilai kerana orang ramai lebih suka menyimpan harta tetap dan tidak suka menyimpan wang tunai.

Menjejaskan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda/tertangguh

  • Inflasi yang berterusan akan menjejaskan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda/tertangguh kerana nilai wang pada hadapan kurang daripada nilai wang pada masa sekarang.
  • Kesanya, penghutang mendapat keuntungan tetapi pemiutang mengalami kerugian.
  • Akibatnya, urus niaga kredit terjejas dan para peniaga cenderung meminta pembayaran tunai manakala pembayaran tertunda/ tertangguh tidak digalakkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s