Sebab Sebab Sekatan Perdagangan Bebas

Melindungi industri penting

  • Industri penting seperti  industri beras dan industri senjata api perlu dilindungi oleh kerajaan.
  • Industri beras dan industri senjata api adalah amat penting dalam masa kecemasan, misalnya ketika negara itu diserang oleh negara lain.
  • Kerajaan mesti mengurangkan persaingan yang dihadapi oleh industri penting daripada barang import melalui sekatan import bagi memastikan industri penting berkembang dan menghasilkan bekalan yang mengcukupi kepada negara.

Melindungi industri muda

  • Industri muda adalah industri yang baru ditubuhkan di dalam negara, misalnya industri kereta proton di Malaysia.
  • Industri muda masih belum menikmati ekonomi bidangan dan kos purata pengeluaranya adalah lebih tinggi daripada industri barang import.
  • Industri muda belum mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada orang ramai. Oleh itu, pasaranya adalah terhad dan keupayaan pengeluaranya adalah di bawah tingkat optimum.
  • Keluaran industri muda belum setanding dari segi kualiti dan harga berbanding dengan barang import. Oleh itu, kerajaan perlu menyekat barang import supaya industri muda dapat berkembang dan bertanding dengan industri asing.

Mempelbagaikan ekonomi negara

  • Kegiatan ekonomi tradisional yang diamalkan oleh kebanyakan negara sedang membangun merupakan kegiatan pertanian yang rendah daya pengeluaran dan pendapatanya.
  • Untuk menaikkan daya pengeluaran dan pendapatan negara, adalah mustahak mempelbagaikan ekonomi negara, contohnya memajukan industri perkilangan.
  • Usaha mempelbagaikan ekonomi dapat mengurangkan pergantungan negara pada import dan eksport tertentu dan menstabilkan ekonomi negara.
  • Untuk menjayakan usaha mempelbagaikan ekonomi., kerajaan harus melaksanakan dasar menyekat import terhadap keluaran negara asing yang bersaing dengan kelauaran tempatan. Selain itu, kerajaan perlu melaksanakan dasar menggalakkan eksport untuk meninggikan daya persaingan barang eksport negara di pasaran antarabangsa.

Meningkatkan guna tenaga

  • Perkembangan industri-industri tempatan terutamanya industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Ini seterusnya menambahkan pendapatan negara dan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.
  • Ini juga bertujuan untuk melindungi industri-industri tempatan dan mempelbagaikan ekonomi demi meningkatkan guna tenaga dalam negara.

Memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif

  • Kebanyakan negara membangun mempunyai imbangan pembayaran yang negatif kerana kadar syarat perdagangan yang merugikan. Ini menyebabkan jumlah perbelanjaan import melebihi jumlah pendapatan eksport.
  • Untuk memperbaiki imbangan pembayaran yang negatif, kerajaan harus mengurangkan import melalui sekatan-sekatan import serta menambahkan eksport melalui galakan-galakan eksport.

Menentang dasar lambakan negara asing

  • Negara asing yang melaksanakan dasar lambakan iaitu memonopoli pasaran negara dagangnya dengan menjual barang pada harga yang jauh lebih rendah dan menyebabkan industri barang berkaitan di negara dagangnya kehilangan pasaran. Seterusnya, akan berlaku pengangguran.
  • Untuk menentang dasar lambakan negara asing, negara yang mengimport barang lambakan akan menyekat import barang berkenaan demi melindungi industri tempatan.

Menambah pendapatan kerajaan

  • Sekatan import dalam bentuk tarif merupakan sumber pendapatan penting kepada kerajaan. Kerajaan mengenakan cukai import untuk menambahkan pendapatan kerajaan.
  • Tarif bukan sahaja dapat membiayai lebihan perbelanjaan kerajaan tetapi juga boleh melindungi industri-industri tempatan dan memperbaiki imbangan pembayaran negara.

Alasan berdikari

  • Sekatan import dapat memajukan industri penggantian import dalam negara.
  • Subsidi eksport dapat memajukan industri berorientasikan eksport.
  • Apabila sekatan import dan subsidi eksport telah berjaya memajukan industri-industri berkenaan dan mempelbagaikan ekonomi, negara itu dapat berdikari tanpa terlalu bergantung pada eksport-import.
  • Keupayaan berdikari dari segi ekonomi dapat menjamin kestabilan ekonomi negara tanpa pengaruh besar daripada keadaan melambung meleset di negara-negara asing.

One thought on “Sebab Sebab Sekatan Perdagangan Bebas

  1. asalamualaikum….boleh tahu apa cara/langkah/usaha untuk meningkatkan jumlah guna tenaga di malaysia…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s