Alasan Perlunya Perdagangan Antarabangsa

Perbezaan sumber alam

  • Setiap negara tidak dapat mengeluarkan semua barang yang diperlukan oleh penduduknya.
  • Ini kerana setiap negara mempunyai perbezaan dari segi geologi dan hasil bumi.
  • Oleh itu, perdagangan antarabangsa dilakukan untuk memperoleh barang yang tidak dapat dikeluarkan di dalam negeri.

Perbezaan cita rasa penduduk

  • Penduduk setiap negara mempunyai cita rasa yang berlainan.
  • Cita rasa yang berlainan tersebut tidak dapat dipenuhi kesemuanta oleh keluaran di dalam negeri sahaja.
  • Oleh itu, adalah perlu untuk mengimport barang-barang yang diminati oleh rakyat tempatan dan mengeksport barang-barang yang diminati oleh rakyat asing.

Keinginan menikmati faedah daripada pengkhususan

  • Setiap negara mempunyai perbezaan kecekapan dalam pengeluaran berbagai-bagai barangan.
  • Perdagangan antarabangsa membolehkan setiap negara yang terlibat mengadakan pengkhususan berdasarkan kecekapan masing-masing supaya faktor pengeluaran dapat digunakan dengan lebih cekap dan setiap negara dapat menikmati lebih banyak keluaran.

Keinginan memperluas pasaran

  • Dengan menjalankan perdagangan antarabangsa, hasil keluaran setiap negara bukan sahaja dapat memenuhi pasaran tempatan, tetapi juga dapat dieksport ke negara-negara lain.
  • Oleh itu, pengeluaran secara besar-besaran dapat dilakukan dan ini akan mengurangkan kos purata pengeluaran.

Keinginan mengimport teknologi

  • Negara-negara yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa dapat mengimport teknologi yang lebih baik daripada negara-negara lain.
  • Misalnya, Malaysia mengimport mesin yang lebih canggih untuk meningkatkan pengeluaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s