Ciri Ciri Pasaran Tak Sempurna : Bermonopoli

Bilangan firma yang banyak

  • Pasaran bermonopoli mempunyai bilangan firma yang banyak.
  • Ini bermakna keluaran firma merupakan sebahagian kecil daripada keluaran seluruh pasaran.
  • Bilangan firma yang banyak itu tidak bekerjasama atau bergabung antara mereka.
  • Mereka bertindak sendiri dan tidak menghiraukan tindakan mereka ke atas firma lain.

Keluaranya adalah berbeza-beza

  • Barang yang dicipta adalah berbeza dari segi fizikal sama ada secara sebenar atau tanggapan sahaja.
  • Contohnya perbezaan dari segi reka bentuk, pembungkusan, tanda perniagaan, lokasi, dan jenama.
  • Walaubagaimanapun, barang pasaran bermonopoli merupakan pengganti hampir dan bukanya pengganti sempurna.
  • Dengan kata lain, setiap barang mempunyai fungsi yang sama yang dapat digantikan.

Kebebasan keluar masuk industri

  • Keluar masuk dalam pasaran ini adalah agak mudah.
  • Jika firma ingin menyertai industri, ia haruslah menghasilkan barangan yang berbeza corak dengan yang telah sedia ada di pasaran.
  • Syarat kemasukan firma ini tidak sukar, biasanya firma perlu menawarkan keluaran yang lebih berkualiti, menggunakan jenama, dan kaedah promosi yang menarik untuk mendapat perhatian pengguna.

Mempunyai sedikit kuasa monopoli

  • Keluaran yang berbeza membolehkan firma mempengaruhi pasaran dalam menentukan harga.
  • Setiap firma mempunyai pelanggan setia keluaran mereka. Ini bermakna, apabila fima menaikkan harga, tidak semua pembeli beralih ke barang pengganti, tetapi firma masih dapat mengekalkan sebilangan pengguna setianya.
  • Sebaliknya, jika fima menurunkan harga, ia juga gagal menarik semua pelanggan daripada pesaingnya.

Persaingan bukan harga

  • Firma pasaran ini bukan sahaja menjalankan pesaingan dari segi harga, bahkan persaingan bukan harga seperti promosi dan iklan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s