Ciri Ciri Pasaran Sempurna

Ramai penjual dan pembeli

  • Bilangan penjual dan pembeli adalah sangat banyak.
  • Ini bermakna penawaran firma dan permintaan pembeli merupakan sebahagian kecil daripada jumlah pernawaran dan permintaan pasaran.
  • Kesanya, tindakan pembeli dan penjual tidak memberi kesan terhadap pasaran atau mereka tidak berkuasa mempengaruhi permintaan.

Kebebasan keluar masuk

  • Tiada halangan untuk keluar untuk menyertai industri yang membawa keuntungan apabila mengalami kerugian.
  • Ciri kebebasan keluar masuk menjamin bilangan firma yang banyak dalam industri.
  • Oleh itu, semua firma hanya memperoleh untung normal dalam jangka masa panjang.

Keluaran yang homogen

  • Barang yang dihasilkan oleh setiap firma adalah homogen (sama).
  • Ini bermakna, firma firma merupakan pengganti sempurna antara satu sama lain.
  • Pembeli tidak akan setia pada sesebuah firma tertentu.
  • Ini kerana bagi pembeli, semua firma dalah sama sahaja.

Firma adalah penerima harga

  • Firma menerima harga yang ditentukan pasaran atau mekanisme harga iaitu melalui kuasa permintaan dan penawaran.
  • Ini kerana firma tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pasaran.
  • Pada tingkat harga tersebut, firma bebas menjual berapa banyak barang yang dikehendaki.
  • Ini ditunjukkan dengan keluk yang berbentuk anjal sempurna/mendatar.

Pengetahuan sempurna tentang pasaran

  • Penjual mempunyai pengetahuan sempurna tentang harga faktor faktor pengeluaran dan tempat untuk memperolehinya.
  • Pembeli pula mempunyai pengetahuan sempurna tentang harga setiap barang di pasaran. Maka tiada firma akan menaikkan atau menurunkan harga keluaran mereka.
  • Hanya wujud satu tingkat sahaja bagi barang yang sama.

Mobiliti faktor

  • Semua faktor pengeluaran adalah sangat mudah dan bebas bergerak ke tempat lain dan mudah digunakan dalam sesuatu pekerjaan.
  • Sesuatu faktor yang sama mempunyai kecekapan yang sama.

One thought on “Ciri Ciri Pasaran Sempurna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s