Ciri Ciri Pasaran Monopoli

Penjual tunggal

  • Dalam pasaran monopoli, hanya terdapat satu firma sahaja yang menjual sesuatu barang yang tidak mempunyai pengganti hanpir.
  • Ini bermakna, firma dan industri adalah sama.

Keluaran tidak mempunyai pengganti hampir

  • Barang yang dikeluarkan firma tidak dapat dikeluarkan oleh firma lain kerana halangan tertentu.
  • Ini bermakna hanya sebuah firma sahaja yang mengeluarkan sesuatu barang yang tiada pengganti hampir.
  • Jika firma ingin membeli barang tersebut, ia haruslah dibeli dari firma berkenaan sahaja.

Firma merupakan penentu harga

  • Firma merupakan pengeluar tunggal yang tiada pengganti hampir sesuatu produk.
  • Ciri ini memnyebabkan firma mempunyai kuasa untuk mempengaruhi harga keluarannya.
  • Kuasa ini ditunjukkan dengan keluk permintaannya yang cerun ke bawah dari kiri ke kanan yang menunjukkan kawalan harga dengan jumlah keluaranya.

Pengiklanan tidak penting

  • Pengeluar mungkin tidak akan menjalankan aktiviti pengiklanan. Jika ada, ia bergantung barang apa yang dihasilkan.
  • Pengiklanan mungkin akan dijalankan untuk meningkatkan permintaan atau memaklumkan pelanggan tentang keluaran mereka.
  • Ini bermakna, iklan untuk tujuan persaingan tidak diperlukan.

Tiada kebebasan

  • Dalam pasaran monopoli, kebebasan keluar masuk tidak mungkin berlaku.
  • Ini kerana sekatan yang menghalang firma baru daripada memasuki pasaran.
  • Halangan ini seperti perlindungan undang undang, pemilikan faktor pengeluaran tertentu, dan keperluan teknologi yang tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s