Ciri Ciri Pasaran Tak Sempurna : Oligopoli

Terdapat beberapa firma yang saling bergantungan

  • Terdapat beberapa firma sahaja yang menguasai pasaran.
  • Tindakan sesebuah firma akan memberi kesan ke atas firma lain dan industri.
  • Oleh itu, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia perlu meramal tindak balas pesaingnya kerana tindakan firmalain akan menmpengaruhi keuntungan firmanya.

Keluaran firma merupakan pengganti hampir dan homogen

  • Keluaran pasaran oligopoli mudah digantikan dan homogen.

Kuasa mempengaruhi pasaran

  • Pasaran oligopoli mempunyai kuasa dalam menentu harga yang bergantung kepada kerjasama antara firma.
  • Jika tiada kerjasama antara firma, maka kuasa mempengaruhi pasaran adalah lemah.
  • Jika firma menurunkan harga, firma lain akan menurunkan harga.
  • Jika firma menaikkan harga, firma lain tidak akan menurunkan harga kerana kedudukan mereka tidak terancam.

Terdapat halangan memasuki industri

  • Terdapat sekatan yang menghalang firma memasuki industri seperti sekatan undang undang, ekonomi mengikut bidangan dan milikan sumber semula jadi

Persaingan bukan harga

  • Firma pasaran oligopoli bukan sahaja bersaing dari segi harga, bahkan dari segi bukan harga juga seperti aktiviti iklan, promosi jualan, dan tawaran hadiah percuma untuk meningkatkan jualanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s