Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan

Harga barang itu sendiri

  • Semakin tinggi harga, semakin kurang barang diminta,
  • Semakin rendah harga, semakin banyak barang diminta.
  • Hubungan antara harga dan kuantiti diminta adalah negatif.
  • Negatif ini adalah disebabkan faktor barang pengganti, faktor pendapatan benar dan faktor utiliti sut.

Harga barang lain

Cita rasa pengguna

  • Cita rasa pengguna membawa pengaruh kuat terhadap permintaan sesuatu barang.
  • Pengaruh ini tidak mengambil kira harga sesuatu barangan.
  • Walaupun harga barang A dan B adalah sama, tetapi terdapat pengguna lebih sukakan barang A daripada barang B.
  • Cita rasa yang positif akan meningkatkan permintaan.
  • Cita rasa yang negatif akan mengurangkan permintaan.
  • Oleh itu, pengiklanan adalah penting dalam perubahan cita rasa pengguna.

Pendapatan pengguna

  • Pendapatan pengguna menentukan kuasa belinya. Kesan pendapatan terhadap permintaan bergantung kepada jenis barang.

Jangkaan harga masa depan

  • Jika pengguna menjangkakan harga pada masa hadapan  sesuatu barang akan naik, permintaan barang itu pada masa sekarang akan meningkat.
  • Ini kerana pengguna mahu mengelakkan daripada membayar lebih bagi barang yang sama.
  • Jika pengguna menjangkakan harga pada masa hadapan sesuatu barang akan turun, permintaan barang itu pada masa sekarang akan menurun.
  • Ini kerana pengguna mahu menjimatkan perbelanjaan apabila membeli barang yang sama dengan harga yang lebih murah.

Saiz (jumlah) dan struktur penduduk

  • Negara yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai mempunyai jumlah permintaan yang tinggi.
  • Jika sesebuah negara mempunyai struktur penduduk yang majoritinya adalah golongan remaja, maka permintaan terhadap barangan remaja turut meningkat.

Dasar kerajaan

  • Jika kerajaan menaikkan cukai, maka pendapatan pengguna akan menurun dan ini menyebabkan kuasa beli menurun seterusnya mengurangkan permintaan pasaran dan juga sebaliknya.
  • Jika kerajaan menurunkan subsidi terhadap sesuatu barangan, barang tersebut akan menjadi lebih mahal, maka permintaan pasaran akan menurun dan juga sebaliknya.

Kadar faedah dan kemudahan kredit

  • Jika kadar faedah adalah tinggi, pengguna lebih cenderung untuk menabung di institusi kewangan kerana pulangan faedah yang lebih menguntungkan. Ini akan menyebabkan permintaan barang barang akan merosot dan juga sebaliknya.
  • Jika kemudahan kredit adalah longgar contohnya orang ramai mudah mempunyai kad kredit atau membuat sewa beli, maka permintaan pasaran barang akan meningkat dan juga sebaliknya.

Musim

  • Apabila tibanya musim tertentu, barang yang berkaitan dengan musim tersebut akan meningkat.
  • Contohnya, apabila musim hari raya, permintaan terhadap baju kurung dan baju Melayu akan meningkat.

Maka, hanya faktor harga barang itu sendiri sahaja yang akan mengalihkan titik disepanjang keluk yang sama

Screen Shot 2015-10-06 at 5.49.31 PM

Faktor yang lain akan mengalihkan titik ke keluk yang baru.

Screen Shot 2015-10-06 at 5.49.44 PM

3 thoughts on “Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s