Jenis Pengangguran

Pengangguran kitaran/edaran

  • Berlaku akibat kemerosotan dalam perbelanjaan agregat.
  • Kemerosotan perbelanjaan agregat akan mengurangkan pengeluaran yang seterusnya mengurangkan penggunaan buruh dan menyebabkan pengangguran.
  • Pengangguran ini merupakan pengangguran jangka panjang dan sukar diatasi.

Pengangguran struktur

  • Pengangguran ini berlaku apabila sesebuah negara mengalami perubahan struktur ekonomi.
  • Sebilangan buruh akan menganggur kerana tidak mampu mencari perkerjaan di sektor lain.
  • Pengangguran ini merupakan pengangguran jangka panjang dan sukar diatasi kerana sesetengah penganggur memerlukan jangka masa yang panjang untuk memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka atau mendapat kemahiran lain.

Pengangguran teknologi

  • Pengangguran ini berlaku apabila intensif modal digunakan dalam pengeluaran.
  • Pengantian buruh dengan mesin menyebabkan pengangguran teknologi.

Pengangguran geseran

  • Pengangguran yang bersifat sementara.
  • Pengangguran ini berlaku apabila pelajar sedang memohon pekerjaan selepas tamat persekolahan, pekerja yang sukarela berhenti bekerja untuk mecari pekerjaan yang lebih baik atau kontraktor yang sedang menunggu projek baru selepas tamat sesuatu projek.
  • Pengangguran ini merupakan pengangguran jangka pendek dan sering berlaku dalam ekonomi.

Pengangguran bermusim

  • Pengangguran ini juga bersifat sementara.
  • Pengangguran bermusim berlaku apabila pesawah yang menunggu musim penanaman semula setelah musim menuai atau nelayan yang tidak dapat ke laut kerana musim tengkujuh.
  • Pengangguran ini merupakan pengangguran jangka pendek dan sering berlaku terutamanya dalam sektor pertanian dan perikanan.

Pengangguran tak ketara

  • Pengangguran ini berlaku apabila lebihan buruh yang digunakan
  • Apabila penggunaan buruh melebihi daripada jumlah yang diperlukan, lebihan buruh tersebut mengalami pengangguran tak ketara yang bermaksud penggunaan mereka tidak menambah keluaran firma.
  • Pengangguran ini sering berlaku terhadap negara-negara yang mempunyai pertambahan penduduk yang tinggi yang tidak seiring dengan pertambahan keluasan tanah.

Pengangguran sukarela

  • Pengangguran sukarela berlaku apabila penganggur malas atau enggan mencari pekerjaan.
  • Sebilangan buruh enggan menerima pekerjaan tertentu seperti pekebun atau buruh kerana menganggap pekerjaan tersebut rendah status sosioekonomi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s