Pelaku Ekonomi

Isi rumah

  • Satu unit manusia yang membuat keputusan.
  • Selalunya isi rumah ialah sebuah keluarga, tapi boleh menjadi seorang individu juga.
  • Isi rumah membuat keputusan untuk penggunaan barangan untuk memaksimumkan utiliti yang bergantung kepada pendapatan isi rumah.

Firma

  • Firma adalah unit ekonomi yang menjalankan proses pengeluaran. Kelompok firma yang sama dipanggil industri.
  • Firma mempunyai batasan apabila membuat pengeluaran dimana perbelanjaan pengeluaran tidak melebihi pendapatan.
  • Pendapatan di sini membawa maksud daripada hasil jualan kepada isi rumah.
  • Pendapatan ini kemudianya digunakan untuk membeli input. Perbelanjaan untuk membeli input dipanggil kos pengeluaran, manakala perbezaan antara kos pengeluaran dan hasil jualan dipanggil untung.
  • Matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan.
  • Untuk mencapai untung maksimum. Sebuah firma perlu memilih output yang boleh memaksimumkan untung, iaitu dengan memilih gabungan input yang optimum dan mengeluarkan barangan dengan cekap.

Kerajaan

  • Kerajaan merupakan satu badan yang mengurus dan melaksanakan aktiviti ekonomi sesebuah negara untuk menstabilkan dan membangunkan ekonomi negara,
  • Kerajaan juga mengeluarkan barangan yang tidak dikeluarkan firma.
  • Antaranya, jalan raya, lapangan terbang dan membekalkan bekalan air.
  • Untuk membiayai perbelanjaan tersebut, kerajaan mengenakan cukai kepada isi rumah dan firma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s