Masalah Asas Ekonomi

Apakah jenis barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan?

  •  Masalah ini wujud disebabkan sumber ekonomi yang terhad berbanding kehendak yang tidak terhad.
  • Oleh itu, manusia membuat pilihan.
  • Manusia akan mengeluarkan barang yang memberikan kepuasan atau keuntungan maksimum.

Berapa banyak barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan?

  • Untuk mengatasi masalah ini, pengeluar harus melihat kepada jumlah permintaan.
  • Jika permintaan tinggi, pengeluar akan tingkatkan keluaran dan juga sebaliknya.
  • Oleh itu, pengeluar harus membuat keputusan dengan tepat agar tidak berlaku lebihan atau kurangan.
  • Jumlah barang yang hendak dihasilkan juga bergantung kepada faktor pengeluaran yang dimiliki.

Bagaimana barang dan perkhidmatan hendak dikeluarkan?

  • Masalah ini merujuk kepada teknik pengeluaran.
  • Terdapat dua jenis teknik pengeluaran iaitu, intensif buruh atau modal.
  • Pengeluar akan memilih teknik mana yang palling murah serta efisien.

Untuk siapa barang dan perkhidmatan ini dikeluarkan?

  • Pengagihan barang bergantung kepada agihan pendapatan, kemampuan, dan kuasa beli masyarakat.
  • Biasanya, pengeluar akan mengeluarkan barang kepada golongan yang mampu membayarnya.
  • Ini bermaksud, golongan berpendapatan tinggi dapat menikmati jumlah barang yang lebih banyak.

3 thoughts on “Masalah Asas Ekonomi

Leave a comment