Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)

KKP merujuk kepada had maksimum tingkat pengeluaran yang boleh dicapai oleh masyarakat atau negara berasaskan faktor faktor pengeluaran yang sedia ada dan tingkat terknologi tertentu. Untuk tujuan analisis, kita mengandaikan bahawa:

  • Negara mengeluarkan dua jenis barang.
  • Faktor pengeluaran tetap.
  • Tingkat teknologi tetap.
  • Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh.

Guna tenaga penuh

  • Berada di sepanjang keluk KKP seperti A, B, C, dan D.
  • Tambahan makanan akan berlaku jika pakaian dilepaskan dan juga sebaliknya.
  • Ini kerana semua sumber makanan telah digunakan sepenuhnya.

Pembaziran dan pengangguran

  • Sebarang titik yang berada di dalam kawasan KKP seperti titik F.
  • Dapat dihasilkan tetapi pengeluaran tersebut tidak mencapai tahap maksimum.
  • Kerana faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya.
  • Ini bermakna tambahan makanan mahupun pakaian boleh dilakukan tanpa melepaskan barang lain.
  • Kombinasi yang berada di dalam KKP contohnya F wujud akibat pengeluaran tidak cekap.

Kekurangan

  • Berada di luar KKP, contohnya G.
  • Kombinasi G tidak boleh dicapai kerana tingkat guna tenaga penuh telah dicapai dan tiada faktor pengeluaran lebih untuk menambah keluaran.
  • Kombinasi G hanya boleh dicapai jika wujudnya pertambahan faktor pengeluaran, peningkatan tingkat teknologi dan peningkatan produktiviti buruh.

Pilihan

  • Pilihan adalah pergerakan di sepanjang KKP seperti dari titik A ke B.
  • Kecekapan teknologi merujuk kepada penggunaan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output tanpa sebarang pembaziran.
  • Masyarakat dikatakan mencapai kecekapan teknologi jika ia menghasilkan output yang maksimum dengan menggunakan faktor pengeluaran yang minimum.
  • Kecekapan ekonomi tercapai apabila barang yang paling penting dan sesuai telah dipilih untuk dikeluarkan dengan cara pengeluaran yang paling mudah dan cekap.
  • Masyarakat mengeluarkan barangan di atas KKP dikatakan telah mencapai kecekapan teknologi kerana mencapai guna tenaga penuh, pengangguran dihapuskan dan pengeluaran maksimum dengan kos yang minimum.

Kos lepas

  • KKP curam menunjukkan kos lepas yang malar.
  • KKP cembung menunjukkan kos lepas yang semakin meningkat.
  • KKP curam menunjukkan faktor pengeluaran yang sama cekap digunakan.

7 thoughts on “Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s