Aliran Pusingan Pendapatan

Pasaran barangan adalah tempat dimana barang diperjualbeli. Firma akan menjualkan barangan kepada isi rumah melalui pasaran barang untuk memenuhi permintaan isi rumah.

Pasaran faktor pula adalah tempat dimana sumber ekonomi seperti buruh dan tanah diperjualbeli. Isi rumah akan menawarkan sumber ekonomi kepada firma melalui pasaran faktor untuk firma mengeluarkan barangan.

Aliran wangPergerakan perbelanjaan dan pendapatan pelaku ekonomi.
Aliran fizikalPergerakan barangan dan sumber ekonomi antara pelaku ekonomi.

Keputusan ekonomi isi rumah

  • Menentukan jumlah sumber ekonomi yang akan ditawar ke pasaran barang (A)
  • Isi rumah memperoleh pendapatan dalam bentuk upah, sewa dan bunga (III)
  • Menentukan kuantiti barang yang akan dibeli di pasaran barang (B)
  • Untuk memperoleh barangan, isi rumah harus membayarnya dengan pendapatan yang diperoleh tadi (I)

Keputusan ekonomiĀ firma

  • Menentukan jumlah sumber ekonomi yang akan diminta ke pasaran faktor (C)
  • Membayar kos pengeluaran dalam bentuk upah, sewa dan faedah kepada isi rumah (IV)
  • Jumlah barang yang akan dikeluarkan dan kemudianya dipasarkan di pasaran barang (D)
  • Menerima ganjaran daripada penjualan barangan kepada isi rumah dalam bentuk untung (II)

Keputusan ekonomi kerajaan

  • Menyediakan barang dan perkhidmatan awam kepada isi rumah dan firma (E)
  • Memungut cukai daripada isi rumah dan firma untuk membiayai pengeluaran barangan awam (V)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s