Aliran Pusingan Pendapatan

Notes
PASARAN BARANG
Pasaran barangan diperjualbeli. Firma akan menjualkan barangan kepada isi rumah melalui pasaran barang untuk memenuhi permintaan isi rumah.
PASARAN FAKTOR
Pasaran faktor ekonomi seperti buruh dan tanah diperjualbeli. Isi rumah akan menawarkan sumber ekonomi kepada firma melalui pasaran faktor untuk firma mengeluarkan barangan.

Aliran wang – Pergerakan perbelanjaan dan pendapatan pelaku ekonomi.
Aliran fizikal – Pergerakan barangan dan sumber ekonomi antara pelaku ekonomi.
KEPUTUSAN EKONOMI ISI RUMAH
• Menentukan jumlah sumber ekonomi yang akan ditawar ke pasaran barang (A)
• Isi rumah memperoleh pendapatan dalam bentuk upah, sewa dan bunga (III)
• Menentukan kuantiti barang yang akan dibeli di pasaran barang (B)
• Untuk memperoleh barangan, isi rumah harus membayarnya dengan pendapatan yang diperoleh tadi (I)
KEPUTUSAN EKONOMI FIRMA
• Menentukan jumlah sumber ekonomi yang akan diminta ke pasaran faktor (C)
• Membayar kos pengeluaran dalam bentuk upah, sewa dan faedah kepada isi rumah (IV)
• Jumlah barang yang akan dikeluarkan dan kemudianya dipasarkan di pasaran barang (D)
• Menerima ganjaran daripada penjualan barangan kepada isi rumah dalam bentuk untung (II)
PERANAN EKONOMI KERAJAAN
• Menyediakan barang dan perkhidmatan awam kepada isi rumah dan firma (E)
• Memungut cukai daripada isi rumah dan firma untuk membiayai pengeluaran barangan awam (V)