Punca Ekonomi Bidangan Luaran

Notes

1. Ekonomi Pemusatan

  • Apabila firma-firma yang menghasilkan keluaran yang sama jenis atau keluaran yang berbeza ditempatkan di suatu kawasan, kawasan ini berkembang menjadi kawasan perindustrial.
  • Maka firma yang terdapat di kawasan ini akan menikmati pelbagai faedah daripada ekonomi penempatan.

2. Kemudahan Infrastruktur

  • Kawasan perindustrian akan dibekalkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air.
  • Firma-firma yang ditempatkan di kawasan ini tidak perlu menyediakan kemudahan-kemudahan ini.
  • Hal ini menjimatkan kos pengeluaran firma.

3. Bekalan Tenaga Buruh

  • Bekalan tenaga buruh senang diperoleh di kawasan perindustrian.
  • Hal ini demikian kerana ramai pekerja akan berhijrah ke sekitar kawasan perindustrian.
  • Kaedaan ini menyebabkan kos pengrekkrutan pekerja menjadi rendah.
  • Di samping itu, pembangunan yang pesat di sesuatu kawasan perindustrian akan menggalakkan lebih banyak pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan dengan perindustrian seperti kejuruteraan, perniagaan, dan ICT.
  • Keadaan ini membolehkan firma menjimatkan kos latihan pekerja keranan kursus dan latihan terknikal.

4. Kewangan

  • Perkembangan pusat perindustrian akan disokong oleh perkhidmatan kewangan seperti bank perdagangan dan bank saudagar.
  • Institusi perbankan ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti pinjaman kadar bunga yang menarik kepada firma.

5. Teknologi dan Maklumat

  • Apabila sesebuah firma berjaya menemui kaedah keluaran baru atau mampu meningkatkan mutu keluaran R&D, hasil kejayaan tersebut akan disebarkan melalui media.
  • Keadaan ini membolehkan firma-firma yang lain dalam industri menikmati hasil penumuan R&D tersebut.
  • Oleh itu, sesebuah firma akan menikmati ekonomi bidangan luaran kerana firma tersebut dapat menurunkan kos per unit output akibat penjimatan kos penyelidikan di samping meningkatkan daya pengeluaran.

6. Ekonomi Integrasi

  • Firma-firma dalam industri digabungkan secara menegak atau mendatar untuk menikmati ekonomi bidangan.
  • Integrasi menegak berlaku apabila firma-firma yang menghasilkan keluaran yang berlainan tetapi berkait rapat, bergabung untuk membentuk satu rangkaian keluaran yang lengkap.
  • Integrasi mendatar wujud apabila firma-firma yang menjalankan aktiviti yang sama atau menghasilkan keluaran pengganti, bergabung untuk meningkatkan daya bersaing. Integrasi sedemikian membolehkan firma berkembang dengan lebih cepat dan tingkat keluaran dapat dikeluarkan secara besar-besaran.
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s